Monday, 26 February 2018

LIGA BOLA SEPAK 9 SEBELAH SCC KEMBALI

Assalamualaikum  

Kembali lagi event tahunan Kelab Pemilik Kereta Sapintas (SCC)
Bola Sepak 9 Sebelah Antara Tebuk Batu 4 Sapintas

Syukur kerana pada tahun ini program dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan syukur kerana pada penghujung acara Batu 4 Sapintas dianugerahi dengan air hujan yang lebat

Dalam tempoh untuk merealisasikan program ini menjadi suatu kenyataan dan gah pada tahun lepas, pelbagai cabaran juga terpaksa kami lalui

Berkat kesepakatan AJK dan semua ahli, program terus berjalan hingga ke hujung acara 

Program bermula tepat jam 9.15 pagi dan dimulakan dengan acaran Zumba oleh geng dari Sg. Besar. Acik lupe ape ke nama group kak jemah tu tah. Tapi ada lah gambar dia dalam entri kali ni

Perlawanan pada kali ini amat sengit kerana ada beberapa orang jaguh yang sanggup pulang ke kampung walaupun berada jauh dari kawasan Selangor. Tahniah beb!!!!!! Masalahnya, pemain yang jauh itulah Legend beb!!!!!!!!

Dan apa yang menyeronokkan perlawanan pada tahun ini ialah para pemain bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tingi dan memberi komitmen yang tinggi semasa berada di dalam padang. Malah setiap pasukan juga telah mempunyai jersi memasing

Jutaan terima kasih kepada pada pemain dan juga pengunjung yang hadir pada perlawanan yang telah dianjurkan oleh pihak SCC pada

Tarikh : 17 Februari 2018
Masa : 900 pagi hingga 500 petang 
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Sapintas, Batu 4,

Sekalung penghargaan kepada Tuan Guru Besar sekolah yang hadir bagi memeriahkan program dan sokong program ini di adakan di kawasan sekolah ini.
Juga kepad perasmi program iaitu Yang Dihormati Dr. Sultan bin Mohd Fadjar dan selaku penutup Tuan Rizam bin Ismail

Sekalung tahniah kepada kelab SCC kerana telah berjaya sekali lagi menaikkan martabat kelab sebagai sebuah kelab yang bukan hanya berkereta, malah berkomuniti dan juga bersukan bersama penduduk kampung

AJK SCC yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan program  

 Tebuk Jaya Bakti

 Tebuk Lembah Jaya (Lembah Beringin)

 Tebuk Syed Hashim

 Jalan Besar

 Jalan Sekolah

Jalan Tanjung Ketum

Kejayaan kedua diraih oleh Jalan Tanjung Ketum dan pemain terbaik sekali menjadi pemain Tanjung Ketum FC. Penjaga gol terbaik pula dimiliki oleh Jaya Bakti FC

JUmpe next entri pulak okey. beberapa lagi aksi semasa event sedang brlangsung di bahagian bawah

Bola Sepak 9 Sebelah Kelab Pemilik Kereta Sapintas (SCC)

Mengambil sedikit petikan dari Tuan Presiden SCC;

"BERKELAB ITU KERETA"
"BERSAHABAT ITU KITA"

written by
Puan Setiausaha